BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN DAN PENGURUSAN KOLEKSI


MISI

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM Pulau Pinang.


OBJEKTIF

Menjadikan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (Pulau Pinang) sebagai sebuah pusat maklumat yang cemerlang dari aspek kepelbagaian koleksi yang mantap dan terkini bagi menyokong misi, visi dan hala tuju Universiti.

  1. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan
  2. Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan relevan bagi menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan Universiti
  3. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap, tepat dan mesra kepada pelanggan dalaman dan luaran
  4. Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, berkemahiran, beretika tinggi dan proaktif
  5. Menyediakan prasarana dan suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti


Perkhidmatan yang disediakan di Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Pulau Pinang adalah seperti berikut :

  • Pendaftaran keahlian
  • Perlucutan keahlian
  • Pinjaman buku
  • Pemulangan buku
  • Pembaharuan buku
  • Laporan buku hilang
  • Tempahan buku
  • Sewaan loker
  • Bilik Diskusi
  • Pinjaman Antara Perpustakaan
  • Bilik Perbincangan (Arif dan Raudhah)