Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR akan melaksanakan Program Misi IQRA di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas pada 29 OGOS 2017. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah ‘Library Makeover’ disamping menerapkan budaya membaca dikalangan kanak-kanak di rumah tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan anda dalam bentuk kewangan atau bahan bacaan yang bersesuaian bagi menjayakan program ini.


Berikut ialah kriteria sumbangan bahan bacaan/alat tulis yang diperlukan :

1. Sesuai untuk pelajar berusia 7 hingga 12 tahun.

2. Buku cerita

3. Buku latihan/ buku rujukan

4. Kamus/ensiklopedia kanak-kanak

5. Komik yang bersesuaian

6. Buku mewarna

7. Alat tulis seperti pensel, pen, pensel warna dan lain-lain.

8. Sumbangan berbentuk pakaian TIDAK DITERIMA.


Sebarang pertanyaan berkenaan sumbangan ini bolehlah berhubung dengan urusetia seperti berikut :

Encik Hisham :04-382 2739

Encik Ismail :04-382 2740/2424

Pn. Sharifah : 04-382 2740/2424

Cik Eirma : 04-562 3615 (Kampus Bertam)


Segala sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari semua pihak, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.


“ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI”